Wednesday, March 30, 2011

Terima Kasih Cinta..

nice kan tajuk nye. :) macam tajuk lagu Afgan - Terima Kasih Cinta. cinta ? cinta itu bukan hanya terjurus kepada lelaki. dan tak juga terjurus kepada wanita. sepatut nya jawapan yang paling jitu dan utama untuk cinta adalah pada Dia. yea, Dia. Dia yang satu. Dia yang menghidupkan dan Dia yang mematikan. Dia yang Maha Sempurna dari segala gala nya yang ada dan terhabis berjuta ops maaf, berpuluhan juta mungkin lebih daripada itu sifat kesempurnaan. 

mukaddimah, pernah tak anda ucapkan terima kasih untuk sesuatu yang anda hargai ? mahal ? siapa kata ? uisy, jangan risau. ucapan terima kasih tak pernah di bayar. tu setahu sy lah selama sy hidup lapan belas tahun tujuh bulan nie. errr, tapi tak tahu pulak kan kalau waktu waktu akan datang, akan di kenakan bayaran untuk ucapan terima kasih. 

manusia. 

yea. manusia. kadang kadang kita selalu terlupa dan leka dengan apa yang ada di sekeliling kita. sebenarnye terlalu banyak tuah yang kita dapat yang kita langsung tak nampak. tapi kita hanya dan hanya fokus pada apa yang kita tak dapat sahaja. 

manusia. tak semua. tapi sy juga. 

jadi. sy nak ucap kan. terima kasih. terima kasih yang teramat sangat pada cinta teragung yang tak kan luput sampai nyawa terlerai dari badan.

raise your hand and say Thank You Allah

untuk yang pertama, sentiasa ada di sisi sy walau apa jua yang menimpa diri. walaupun sy tak melihat Nya, tapi sy masih tahu Dia memerhatikan sy, mendengar apa yang sy ucapkan, mengabulkan doa doa sy, menenangkan perasaan sy, dan segala kata kata indah untuk Nya.

kedua, kurnia kan sy keluarga yang cukup sempurna. yup, keluarga sy dah cukup sempurna dengan ada nya abbi, ummi, along dan angah sy. mereka semua pelengkap hidup sy. sy akui, abi tak limpahkan kami dengan harta benda, tapi abbi limpahkan kami dengan harta yang tak ternilai iaitu ilmu yang tak kan habis hingga ke hujung nyawa.

ketiga, ketemukan sy dengan orang yang baik. orang yang sentiasa mendoakan sy. orang yang sentiasa ada di samping sy. orang yang sentiasa mendengar apabila sy berbicara. orang yang sentiasa menangis dan tertawa bersama sy. orang yang memahami apa ada nya sy. sy tahu sy teramat bertuah.

keempat, menguji sy sebagai tanda kasih sayang Nya. sy sedar, yea, sy yakin. setiap kali Dia melimpahkan kurnia kepada tiap tiap hambaNya ianya bukan sekadar kebaikan, terselit juga kesukaran. itu semua tanda Dia masih prihatin terhadap hambaNya itu. Dia sekadar mahu mengingatkan hambaNya. percayalah, setiap kesukaran akan berakhir kemudahan. bukan kah itu yang di janji kan Nya ?

terima kasih atas segala nya Cinta atas segala kurnia yang telah di berikan. sedang kan ada kadang kala hambaMu ini terlupa akan nikmat Mu, namun tak pernah sekali Dia jemu untuk melimpah kan kurnia Mu itu. benar, teramat benar. tiada penyangsian atas kalimah, Dia Maha Penyayang. kasih sayang nya tiada terbatas oleh ruang, jarak, masa, waktu, cuaca. 

Tiada Tuhan Selain Mu, dan Muhammad Itu Pesuruh Mu. 

sy serahkan semua nya atas Mu. semoga sy sentiasa mendapat perlindungan dari Mu. 

amin ya rabbal alamin.

3 comments:

  1. bagus nana! entry keinsafan! keep up the gud work! two thumbs up!! LIKE~!

    ReplyDelete
  2. yup2 !
    terharu pule !
    insaf n sedar !

    ReplyDelete
  3. mama naveed : harus lah. manusia perlu perubahan. hahaha.
    cewaahhhh.
    ayat perlu power !

    deeba : diba mon.
    rindu awk lah. :(
    aitu msg awak x rep pun

    ReplyDelete