Wednesday, June 8, 2011

Kanak - Kanak Syurga

sy terkesima. terbaca satu entry dari belog satu pemotivasi yang anda juga kenal rasanya, ustaz hasrizal abdul jamil. kasut kanak kanak dari syurga. mengingatkan sy pada satu cerita lama. lama. terlalu lama sudah cerita tu. children of heaven. mungkin waktu zaman sy masih di bangku sekolah rendah. darjah dua atau tiga kalau tak silap. tapi masih jadi cerita yang terhebat abad ini ! sy respect sangat tulisan the scriptwriter untuk cerita tu. lima bintang penuhhh.

jalan cerita yang sangat sedih.

the children of heaven

sebuah cerita dari iran. berkisah tentang sebuah keluarga yang tersangat miskin. sampaikan anak anak beliau terpaksa berkongsi sepasang kasut. apabila si abang menggunakan kasut itu, berlari dia pulang ke rumah untuk kegunaan adik nya. dan begitu juga sebaliknya.

dan dia berpaksa untuk memasuki satu pertandingan larian semata mata untuk memenangi sepasang kasut sebagai ganti untuk kasut adik nya yang telah dia hilang kan.

sebentar.

cuba anda renungkan. apa pengajaran yang dapat kita ambil daripada cerita ni ?

kemiskinan dia membuatkan dia menjadi seorang kanak kanak lelaki kecil yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga nya.

ternyata kemiskinan tak mengajar mereka untuk jadi lemah sebaliknya melatih mereka untuk jadi kuat. terlalu kuat untuk kanak kanak sebesar itu.

cuba relate kan dengan kehidupan kita sekarang.

kasut buruk sikit. terus buang. campak. sedangkan yang miskin. tergolok bergadai untuk sepasang kasut.

mungkin kita tak pernah terfikir. ya. alasannya sebab kita tak pernah merasai. umpama kata orang. yelah, pengalaman kan pengajar yang terhebat untuk pengajaran. ha, lebih kurang macam tu maksud nya tapi sy olah dalam bahasa sy sendiri.

perlu di ingatkan. bukan untuk anda sahaja malah diri sy sendiri.

Tuhan sentiasa memberikan hambaNya ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang. dan jika kita di uji dengan kemiskinan ? saat itu, adakah kita masih mampu bersabar dan ketetapan iman di dada hanya La illa ha illallah ?

jadi, sekaya manapun kita. jangan pernah lupa pada mereka yang di bawah. itu semua bukan kita punya. kita 'pinjam' saja dari Dia. kalau tiba masa, Dia mahu ambil. Dia akan ambil.

dunia memang roda. kadang kala kita di atas. kadang kala kita di bawah. tak selamanya kita di bawah juga tak kan selamanya kita di atas. kalau ganjaran kesabaran kita bukan di dunia. nantikan saja ia di sana.

janji TuhanMu itu pasti
!

untuk anda, hiduplah dengan memberi sebanyak banyaknya, bukan dengan menerima sebanyak banyaknya.

2 comments:

  1. zimah : ade chance tgk lah cite tu.
    for sure. 101% kau pun akan menangis jugak. :D

    leha : sangat sedih ha. :(

    ReplyDelete