sedih. sedih tu lumrah kan ? bagi kita, normal lah manusia yang berperasaan sedih. ya, ada sesetengah perkara yang mampu buat kita sedih. sy ? yup. sy juga ade kalanya akan rasa sedih. kadang kadang sedih tahap menonggeng punya stress.
kalau anda. apa yang akan anda cari kalau anda sedih ?
jenis satu. semestinya ada yang berpendapat mereka akan cari kawan kawan. kawan merupakan orang yang paling rapat dengan remaja sebenarnya berbanding keluarga. maklumlah, kadang kadang kita sangka sesetengah perkara tak wajar untuk di ceritakan pada keluarga. jadi. kawan kawan lah tempat kita mengadu segala kesedihan kan ?
itu kata anda.
sebab tu ramai jugak yang hadapi masalah kawan makan kawan. yelah. dah semua benda nak cerita kat kawan. langsung tiada privacy. jangan terlupa. tak semua orang macam yang kita jangka. kadang kala mereka akan jadi harimau yang sangat ganas yang mampuuu terkam kita bila bila masa saja. haa. takut kan ? -__-
yang kedua. ada jugak sesetengah mereka yang bercerita dengan ibu bapa. sy agak sokong tindakan ni sebab sy jugak type yang macam nie. umi adalah pendengar yang paling setia cuma kadang kala tadah aje lah telinga dengar dia membebel lepas dah dengar cerita sy. :D tapiii. jangan juga kita terlupa. tak semua parents boleh dengar semua masalah anak anak nya. mungkin ada sesetengah parents yang sayang anak nya. cuma tak mampu nak luahkan nya melalui dengar masalah anak nya.
untuk anak kepada parents begini. jangan anggap mereka tak sayang akan anda. cumaaa. mungkin bukan jenis mereka untuk mendengar masalah "temeh remeh" anda sedangkan banyak lagi benda utama yang perlu mereka fikirkan dan dengarkan. kita. sebagai anak. bagi mereka ruang. cuba memahami mereka. :)
seterus nya. mungkin ada yang jenis pendam sedih sendiri dalam hati.
hm. ada kalanya sy juga akan jadi type ini. :D mereka yang begini sesetengah nya seorang yang pendiam. ada juga antara mereka yang tak mahu susahkan orang lain. mungkin mereka rasa mereka dapat selesaikan masalah hati mereka sendiri.
ada kala nya bagus juga cara begini. kerana bagi sy sendiri. motivasi terhebat yang paling berkesan adalah motivasi dalam diri sendiri, motivasi pada hati sendiri. tapi. harus di ingatkan. tak semua benda kita boleh selesaikan sendiri. sesetengah nya kita perlu berbincang dan minta pandangan dari yang lain. biasa nya wanita jarang type macam nie. kerana. wanita adalah kaum yang lemah.
tu lumrah. jangan salahkan mereka. sebab tu adam di cipta untuk melengkapi si hawa. :)
yang terpenting dari yang penting penting. bagaimana pula mereka yang tiada kawan kawan yang boleh di percayai juga tiada ahli keluarga yang mampu memahami seterusnya tak mampu untuk menanggung nya dalam diri sendiri.
jangan gundah. jangah gelisah. jagan kecewa. dan jangan terlupa.
anda kan masih ada Dia. Dia yang satu. Dia yang mencipta.
tak mungkin Dia yang mencipta tak memahami. tak mungkin Dia yang satu tidak boleh dipercayai.
percayakan Dia. merintih dengan Nya. percayalah tak akan mungkin ada satu perkara pun yang Dia bosan untuk mendengar kita berbicara. sebaliknya. Dia sedang dan sentiasa menunggu kita untuk mengadu pada Nya.
tu katanya dalam firman nya dalam ayat 40 surah At-Taubah yang membawa maksud. " jangan bersedih. kerana Allah itu bersamamu. "
terima kasih untuk akak mira :) sarangheyo
jelas kan ? untuk anda yang sedang bersedih. ambil masa. cuba tersenyum dalam berduka. itu membawa erti kekuatan. semoga senyuman sendiri menghiasi diri di samping sedekah yang tersengaja. :)
No comments:
Post a Comment