Sunday, June 3, 2012

Sudahkah Anda Hargai ?


assalamualaikum. salam hari isnin. salam ke kelas. salam untuk semua test test yang bakal berlangsung tak lama lagi. salam untuk semuanya. semua cuti telah berakhir dan sekarang sy akan stay di melaka sampai saat ke terakhir cuti semester nanti. insyaAllah. teguh kan hati semoga tak lagi homesick yang buat mengada ngada nak balik. =,= 

teruss fokuss untuk final nanti yea syazana. 

ok. good. :)

taktahu kenapa mood hari nie tak berapa nak baik sangat. masih sedih. al-fatihah untuk tok dara yang meninggalkan dunia tadi. alhamdulillah jenazah dah selamat dikebumikan hari nie. baru dalam pukul 10 tadi siap semuanya. dan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman. amin ya rabbal alamin. hm

pernah tak anda berfikir.

adakah anda menghargai semua orang yang hadir dalam hidup anda sekarang ?

bagaimana kalau dia ditakdirkan pergi dulu sebelum anda ?

mungkin saat dia meninggalkan kita baru kita nak menghargai dia ?

Learn to appreciate what you have, before it's gone

lumrah hidup. suatu hari nanti salah seorang daripada kita akan pergi dulu. atau mungkin diri kita sendiri. waallahualam. semua caturan Allah tapi apa yang pasti kita semua akan pergi. kita semua akan kembali padaNya.

jadi. untuk setiap saat saat berharga dalam hidup kita. hargai setiap satunya. hargai setiap orang yang mewarnai hidup kita selama ini.

alhamdulillah untuk sebuah keluarga bahagia yang Dia berikan. pada abbi dan ummi. kalian merupakan parents yang terbaik dari seluruh dunia yang dikurniakan untuk seorang manusia yang serba kekurangan ini. terima kasih atas segala kasih sayang yang tidak terhingga yang tidak pernah pudar dari sekecil manusia hingga ke hari ini. yang tak pernah berhenti jadi tempat berlindung. izinkan anakandamu menabur bakti membalas jaga kamu berdua satu hari nanti. dan semoga masih ada kesempatan itu. 

untuk kedua kakak tersayang. terima kasih untuk semua budi pekerti kalian berdua. mungkin saat ini adik masih tak mampu untuk berikan apa yang kalian telah berikan pada adik. tapi semampunya adik akan membalas semuanya nanti. dan semoga saat itu nanti masih kekal kita begini. masih kekal sayang kita begini. masih bertiga beradik hingga ke syurga. amin

untuk si dia yang satu. terima kasih kerana menyayangi sy. terima kasih kerana terima sy dalam hidup awak. terima kasih kerana sentiasa mendengar setiap perkataan daripada sy. terima kasih kerana bersabar dengan sy selama 4 tahun perkenalan kita. sy mahu awak menjadi imam sy satu hari nanti dan yang halal buat awak. semoga hubungan kita sampai ke hubungan yang diredhai Allah. amin

untuk semua teman teman tercinta. daripada sy mula mengenal erti persahabatan sampai ke saat sy menghela nafas pada hari ini. terima kasih untuk segalanya. yang sanggup bersusah payah bersama sy. terima kasih untuk semuanya guys. 

dan.

nur syazana binti aman sayangkan semua di atas kerana Allah. terima kasih kerana hadir dan mewarnai hari hari sy. sy menghargai semuanya sekali. doa yang terbaik dari sy untuk kesemua kalian kepada Allah. semoga ukhuwah yang terbina berkekalan sampai ke syurga. amin ya rabbal alamin. 

anda.

sudahkah anda menghargai mereka di sekeliling anda ? :)

Love, Misy Syazana

No comments:

Post a Comment