assalamualaikum. selamat hari isnin dan btw selamat bulan rejab. :) sekejap je mase berlalu. sekarang kita dah tiba sampai ke pertengahan tahun untuk 2012. rasa macam baru jea masuk degree baru jea nak berkenalan dengan lecturer dan subject tapi sebenarnya dah nak final exam.
diam.
terkesima.
dan tersedar kembali. Allah ! cepatnya masa berlalu. lebih kurang tiga minggu dari sekarang sy akan menghadapi final exam untuk semester pertama sebagai seorang pelajar degree. wooo scary nyee. =,= tapi kene jugak hadapi. kalau Malaysia boleh. Syazana mesti boleh ! yeahhh. tuu semangat yang kita mahukan yea anak anak sekalian. hihi
ohh btw entry harini bukan nak cerita pasal study or final exam. ada yang lagi dekat dan hampir selain daripada tu yang sy nak kongsi dengan anda. esok kan 22hb? tahu tak anda berapa haribulan islam esok. yeahh terima kasih untuk sesiapa yang jawab tu. sy dengar kott kat sini. :)
esok. bersamaan dengan 1 rejab. nampak nya kita dah sangat hampir dengan ramadhan. bulan keampunan. bulan kesabaran. dan selepas itu jeng jeng jeng hari raya. hari kemenangan untuk seluruh umat islam. ehem ehem, raya raya jugak. jangan nak berlebihlebih pulak. ala kadar sudah. ingatingat untuk mereka yang kurang berkemampuan dan dan dan jangan lupa bayar zakat.
eh eh. nie dah over. orang nak cerita pasal rejab lah sekarang niee. ish ish =,=
ok. sambung sambung. sebenarnya banyak sangat hadis yang bermacam macam menceritakan tentang keistimewaan bulan rejab. antaranya yang dapat sy kongsikan sikit untuk ada ialah :
ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan Allah, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT.
barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT.
barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka Allah akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya.
so. mukaddimah nya walaupun banyak yang kita ketahui fadhilatnya atau mungkin apa yang sy nyatakan di atas tak sama dengan apa yang anda ketahui. tapea lah. janji kita ikhlaskan sajea diri berpuasa semata mata kerana Allah. kerana Dia Maha Mengetahui. selebihnya ganjaran tuu biarlah Dia yang aturkan untuk kita.
Amin Ya Rabbal Alamin. :)
untuk yang dah tahu. sebar sebarkan lah. kerana setiap kali kita menyebarkan tentang kedatangan bulan rejab ini, sama seperti kita beribadah selama 80 tahun. percayalah. Allah itu memang Maha Pengasih. :)
renung renungkan. selamat berpuasa.
Love, Misy Syazana.
No comments:
Post a Comment