Saturday, May 19, 2012

Soon It Will Be End..


assalamulaikum. selamat hari ahad. hari terakhir dalam minggu. jadi selamat menghadapi minggu baru untuk esok hari. hm sebenarnye sy tadea apa yang nak cakap tapi ade something yang nak dikongsi. bagi sy ia macam nice. tapi untuk anda. yang baik silakan ambil yang tak baik tinggalkan. :) so simple dimple. 

love it. :)

satu hari salah seorang lecturer nie pernah bagi sy ayat yang kali pertama sy dengar terus sy jatuh cinta. err. jangan risau lecturer tu perempuan.

it's sound like this " soon it will be end. "

lama sy fikir apa maksud nya dengar apa yang dia cakap tuu. jadi sy related kan dengan apa situasi yang membolehkan dia cakap macam tu.

katanya test after mid term break. semua student dalam kelas  dah jerit yahooo yahooo. serentak dengan tu. terus terkeluar ayat tu daripada dia.

ok. akhir nya sy dapat maksud daripada ayat tu. menunjukkan sebagai seorang manusia yang serba lemah dalam dunia nie, setiap rasa yang terlintas di hati kita. semuanya akan berakhir. ia bukan untuk selamanya. 

misalan kata, anda gembira. soon it will end. kalau anda sedih. soon it will be end. kalau anda kaya. soon it will be end. kalau anda miskin pun. soon it will be end. berbalik pada kenyataan yang sebagai seorang manusia, kita pun akan mati. kita takkan selamanya berada didunia. 

sebenarnya mungkin ayat ini memberitahu kita. tiada apa dalam dunia nie yang patut kita megah megahkan. semua nya bersifat sementara. satu hari anda kembali padaNya. 

dan juga untuk yang merasa kehilangan yang sedih bukan kepalang. percayakan janji Tuhan. Dia tidak akan memungkiri setiap janjiNya. maka. setiap kesedihan yang anda rasakan, soon it will be end. kalau tak berakhir sekarang. mungkin ia akan berakhir di sana, dengan ganjaran yang terbaik yang tak pernah dijangkakan. yang terbatas oleh fikiran seorang manusia. insyaAllah.

peringatan untuk diri sendiri. tidak sy tujukan pada sesiapa. diri sendiri masih belum sempurna. tak perlu nak tunding jari tunjuk orang lain. tak perlu nak banggakan apa yang kita miliki. sebab di mata Tuhan kita sama sahaja. yang membezakan kita cuma amal ibadat kita sahaja. 

thankyou for the lecturer. she's make me thinking. and btw. sy suka ayat tu.

harapnya sy dapat membetulkan diri sendiri ke arah yang lebih baik dari harihari sebelumnya. harihari dimana sy terlupa akan yang kekal abadi cuma ada satu. astagrifullahalazim. 

renung renungkan. selamat beramal di hari ahad yang indah.

Love, Misy Syazana.

No comments:

Post a Comment