Sunday, August 7, 2011

Entry Tidak Bernama..

ahhhaa. nie lah angkara duduk makmal lab dekat sL orang sebuk online fesbuk sy update entry baru. maklum. apa lagi yang sy perlu buat ? ada idea tak. tadea fesbuk kan ? macam mana nak online. hahaa.. sebab tu name entry nya nie entry tak bernama sebab sy tak tau nak bagi nama apa. eh eh eh. panas matahari tak terhingga hari nie kan ? perasan tak. tapi tapea. bersabar syazana. besar pahala orang yang bersabar nie tauuu.  

tgk ! si kecil nie pun tau sabar tau.

semua orang dah sedia maklum. dah seminggu kita dalam bulan ramadhan. siapa yang tak tau angkat tangan ? puii. mesti yang tak tahu tu tak puasa penuh kan ? :) cakap pasal puasa di perantauan nie, macam biasa. perasaan normal untuk semua student yang jauhhh dari keluarga semua akan rasa benda yang sama macam sy. tengah tengah nak berbuka teringat ummi lah abbi lah angah lah along lah atok toki semua nak ingat. dan dan time tu nak ingat semua kan. sengaja nak menambahkan sebak perasaan. mengada betul awak nie syazana. tumbuk kank ! ok malas nak mengada. eh eh eh, jom cerita pasal puasa jom jom.

sy paling suka ingat time puasa zaman kanak kanak. waktu tu masih tadika semua orang tak puasa. sampaikan waktu pukul 10 rileks jea kawan kawan lain makan macam bulan bulan selalunya. cumaaa sy sorang jea yang tak boleh makan sebab ummi cakap sy puasa. bila dah balik tadika sy selalu tanya ummi, 

"ummi kenapa orang lain semua boleh makan tapi adik tak boleh makan?" 

jawapan yang sama cuma sy yang tak letih bertanya, "adik kan puasa. sebab tu tak boleh makan macam orang lain. biasa kan lah diri nanti tak lah letih sangat kalau dah biasa." 

kadang kadang tahap menangis pegang air nak minum pastu ummi ugut kalau tak puasa tak dapat duet raya ! dan dengar macam tu. teruss cancel niat sebab nak lebih banyak duet raya dari Diba dan Along Mira. hahaaaa. apa lah. ingat balik boleh ketawa guling guling sampai tension ketawa. ehhh. tak boleh macam tuu syazana. batal puasa awak nanti bergalak sangat ! 

ok. astagfirullahal azim astagfirullahal azim astagfirullahal azim
jangan dekat dengan sy lah, syaitonirojim betol !

rindu nyaa nak puasa dengan keluarga yang lain. dan ohh ohh, mungkin sy sangat poyo sebab sy sudah start dengar lagu raya daripada 31 julai 2011 minggu lepas. puii. padahal raya lagi sebulan lah kot. ok sy silap. 3 minggu lagi yeyyy ! tapi tapea. umpama kata orang dulu, sediakan payung sebelum hujan. maksud nya buat persediaan awal. haaaa. tapi rasa nya raya tahun nie macam tak sama dengan raya raya yang sebelum nya sebab cuti yang kami dapat terlalu sedikit untuk cuti raya. dah yang lebih menyedih kan. siap ada final exam lagi lepas tu. puii. stress stress.

jadi.

sekarang sy hanya mahu fikir bila nak balik rumah nak bersama dengan family sy bukan bila nak balik rumah nak beraya sebab tak sanggup nak fikir kan untuk balik ke sangkar cantek segamat niee ! nak balik nak balik nak balik. :(

ok. kalau anda nak tau, tu lah yang di namakan mimpi di siang hari. memang tak lah memandangkan berlambak test yang akan datang dengan suka hati nya. dah lah. sy nak sambung buat company analysis yang tak habis habis lagi nie. 

sekian. mak kasih ! 

4 comments:

  1. hahaha, good, update lagi =D

    ReplyDelete
  2. alaaa tahun ni along tade.. makan rendang ketupat tu ingat2 la..

    ReplyDelete
  3. T.P : kau maen blog ea sekarang tak gtau aku ea. hahaha

    Along : ehh. raye kedua balek kan ? rindu naveed lah. :(

    ReplyDelete